Hak Allah atas para hamba-Nya
(yang dipetik dari tulisan Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu - Ambillah Aqidahmu dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang difahami Sahabat)
S: Untuk apa Allah menciptakan kita?
J: Dia menciptakan kita untuk beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Dalilnya adalah firman Allah:
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku"
(QS al-Dzaariyaat: 56)
Dan sabda Nabi s.a.w.:
"Hak Allah atas hamba-hamba-Nya hendaklah mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun."
Bismillah
Saturday, August 8, 2015
Friday, August 7, 2015
Rukun-rukun Iman
Rukun-rukun Iman
(yang dipetik dari tulisan Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu - Ambillah Aqidahmu dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang difahami Sahabat)
Jibril a.s. berkata, "Kemudian jelaskan pula tentang iman."
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Iman adalah percaya kepada:
1. Allah (iaitu menyakini dengan sesungguhnya, bahawa Allah adalah Maha Pencipta, Yang Berhak diibadahi dengan benar, dan bahawa Dia memiliki Nama-nama dan Sifat-Sifat Sempurna yang layak bagi-Nya, dan tidak ada satu makhluk pun yang menyerupai-Nya.
Allah berfirman: "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya" (QS al-Syuuraa: 11)
2. Para Malaikat-Nya (iaitu bahawa mereka diciptakn dari cahaya dan mereka melaksanakan segala perintah Allah dan bahawa kita tidak dapat melihat mereka).
3. Kitab-kitab-Nya (iaitu Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang menghapuskan semua Kitab sebelumnya).
4. Rasul-rasul-Nya (Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh a.s. dan yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.)
5. Hari Akhir (iaitu hari Kiamat ketika semua umat manusia akan dikumpulkan untuk dihisab).
6. Takdir yang baik dan yang buruk. (Iaitu menerima semua ketentuan Allah dan pada satu yang sama kita harus melakukan tindakan ikhtiar yang diperlukan untuk mencapai tujuan kita).

Wednesday, August 5, 2015
Rukun-rukun Islam
Rukun-rukun Islam
(yang dipetik dari tulisan Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu - Ambillah Aqidahmu dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang difahami Sahabat)
Jibril a.s. berkata: "Wahai Muhammad, beritahu kepadaku tentang Islam."
Rasulullah s.a.w. menjawab
"Islam adalah:
1. Bersaksi bahawa tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah (iaitu tidak ada yang berhak diibadahi baik di langit mahu pun di bumi dengan benar selain Allah), dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah (iaitu wajib mentaatinya seiring dengan ajarannya yang datangnya dari Allah).
2. Mendirikan solat (iaitu melaksanakannya dengan segala rukun-rukunnya, syarat-syaratnya, kewajiban-kewajibannya, serta penuh ketenangan (tuma'ninah) diiringi dengan khusyu')
3. Membayar zakat. (Jika seorang muslim memliki nisbah (batas minimal) 85 gram emas atau wang yang nilainya setara dengan itu, maka ia harus membayar 2.5% dari harta tersebut, setelah harta tersebut dimiliki satu tahun (haul). Demikian pula jenis kekayaan dan harta benda lainnya, yang telah diatur nisbahnya dan waktu pembayarannya, berikut nilai harta yang harus dikeluarkan darinya.
4. Puasa di bulan Ramadhan (yakni tidak makan, minum dan berhubungan seksual, serta menjauhi semua perkara yang membatalkan puasa dari semenjak terbit fajar hingga terbenamnya matahari).
5. Berziarah (haji) ke Baitullah (di Mekah), jika anda mampu melakukannya."

Muqaddimah

Sesungguhnya segala puji hanya milik Allah. Kami memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya, dan memohon ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan-kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa disesatkan-Nya, tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.
Amma ba'du.
Ada beberapa pertanyaan penting dalam masalah aqidah telah saya jawab dengan menyertakan dalil-dalilnya yang bersumber dari al-Quran dan al-Hadits, sehingga pembaca dapat menyakini bahawa itulah jawaban yang benar. Hal ini sangat penting kerana kepercayaan dalam tauhid adalah dasar bagi kebahagiaan manusia, baik dalam kehidupan di dunia ini, mahupun dalam kehidupan mereka kelak di akhirat.
Demi Allah, saya memohon kepada Allah agar menjadikan karya tulis ini bermanafaat bagi kaum muslimin. Dan saya pun memohon kepada-Nya agar menjadikan upaya ini ikhlas, murni kerana Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)