Friday, August 7, 2015

Rukun-rukun Iman

Rukun-rukun Iman
(yang dipetik dari tulisan Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu - Ambillah Aqidahmu dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang difahami Sahabat)

Jibril a.s. berkata, "Kemudian jelaskan pula tentang iman."

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Iman adalah percaya kepada:

1. Allah (iaitu menyakini dengan sesungguhnya, bahawa Allah adalah Maha Pencipta, Yang Berhak diibadahi dengan benar, dan bahawa Dia memiliki Nama-nama dan Sifat-Sifat Sempurna yang layak bagi-Nya, dan tidak ada satu makhluk pun yang menyerupai-Nya.

Allah berfirman: "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya" (QS al-Syuuraa: 11)

2. Para Malaikat-Nya (iaitu bahawa mereka diciptakn dari cahaya dan mereka melaksanakan segala perintah Allah dan bahawa kita tidak dapat melihat mereka).

3. Kitab-kitab-Nya (iaitu Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang menghapuskan semua Kitab sebelumnya).

4. Rasul-rasul-Nya (Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh a.s. dan yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.)

5. Hari Akhir (iaitu hari Kiamat ketika semua umat manusia akan dikumpulkan untuk dihisab).

6. Takdir yang baik dan yang buruk. (Iaitu menerima semua ketentuan Allah dan pada satu yang sama kita harus melakukan tindakan ikhtiar yang diperlukan untuk mencapai tujuan kita).

No comments:

Post a Comment